fbpx
SOPHIE tiba-tiba ‘lebih kaya’ daripada Elon Musk. – X/@IMSKBEHERA

Kesilapan kedai kopi jadikan wanita UK ‘terkaya’ dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Seorang pemilik perniagaan di Nottingham, United Kingdom, Sophie Downing menjadi ‘wanita terkaya’ di dunia dengan kekayaan sebanyak £63 kuadrilon bersamaan 63,000,000,000,000,000 tetapi secara bersyarat.

Sophie hanya boleh membelanjakan jumlah yang besar itu untuk membeli kopi di kedai kopi tertentu sahaja.

Menurut laporan Perbadanan Penyiaran British(BBC), wanita berusia 29 tahun itu menerima kad hadiah £10 (RM52) untuk sebuah kedai kopi  bernama 200 Degrees Coffee, sebagai hadiah Krismas.

Apabila dia menggunakan kad hadiah itu untuk membeli matcha latte, baki yang tinggal ialah £63 kuadrilion, atau 100,000 kali ganda lebih banyak daripada kekayaan Elon Musk dan 670 kali ganda ekonomi global.

“Saya rasa ia sangat kelakar. Saya tidak pernah melihat perkara seperti itu sebelum ini,” katanya.

Sophie menggunakan kad hadiah itu di kedai kopi di Flying Horse Walk pada 12 Februari lalu. Pekerja  di kaunter kelihatan sangat keliru. Ekspresi mukanya seperti ‘Apa’?

Kedai kopi itu kemudian mendedahkan bahawa kesilapan pentadbiran menyebabkan nombor kad hadiah dimasukkan dan bukan nilainya, menyebabkan baki yang salah.

“Saya hanya menikmati menjadi wanita terkaya di dunia di atas kertas selagi ia kekal,” kata Sophie kepada BBC.

“Anda tidak pernah melihat perkara seperti itu berlaku, jadi saya menghantarnya kepada pasangan saya, dan dia juga menganggapnya sangat lucu,” tambah wanita itu.

Bagaimanapun, Sophie memberi jaminan menggunakan kad hadiah itu secara bertanggungjawab dan tidak mengambil kesempatan daripada situasi tersebut.

“Disebabkan kesilapan pentadbiran teknikal, nombor kad hadiah, dan bukannya nilai kad hadiah, telah dimasukkan ke bahagian daftar tunai,” kata seorang jurucakap 200 Degrees. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN