fbpx
DEMi fokus terhadap komitmen lakonan, tahun ini Muaz terpaksa menangguhkan rencana berniaga di bazar Ramadan. – MOHD. FIRDAUS MOHD. JOHARI

Bimbang separuh jalan, Muaz tak berani berniaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TETAP bekerja seperti biasa, kehadiran Ramadan disambut pelakon Muaz Zabir dengan penuh kesyukuran apabila masih diberikan kesempatan untuk menjalani ibadah puasa dengan keluarga.

Menurutnya, sambil menunaikan rukun Islam keempat, dia tetap keluar mencari rezeki andai diajukan tawaran berlakon dalam tempoh terdekat atau sepanjang bulan penuh barakah ini.

Bagi pemilik nama Muaz Mohamad Zabir, 28, berkata, tahun ini sepatutnya dia mahu mengelolakan bazar Ramadan, namun ketiadaan kakitangan membantutkan perancangannya.

Tak tolak tawaran

Muaz berkata, pengalaman membuka gerai jualan busana raya pada bulan puasa tahun lalu mencetuskan ilham untuk menggalas tanggungjawab membuka bazar, namun tidak kesampaian.

“Sekarang belum lagi mula berniaga sebab memang jadual penuh dengan lakonan. Kalau ikutkan perancangan saya ada nak buka gerai di bazar Ramadan.

“Sebenarnya, kita nak cuba tapi kekangan waktu dan kekurangan kakitangan membuatkan saya tak berani untuk buat bazar Ramadan. Bimbang separuh jalan.

“Jadi saya putuskan untuk fokus kepada lakonan sebab apabila dah dapat tawaran, kita tak nak lah menghampakan produser, pihak platform dengan menolak tawaran.”

Dalam perkembangan lain, Muaz membintangi rama mikro berjudul Mr. Perfect Ramadan bersama Ariana Yusof yang akan ditayangkan menerusi slot TikTok Drama Tonton.

“Sekarang ini kita di era baru. Drama ini konsepnya menggabungkan vertikal (media sosial) dan juga televisyen. Sebenarnya kita ‘shoot’ kedua-duanya sekali.

“Kalau untuk TV3 kita ada telemovie biasa dan pihak produksi juga ada sediakan klip untuk mikro drama iaitu vertikal.

“Bagi drama vertikal iaitu menerusi media sosial, ia akan dikeluarkan mungkin di saluran Tonton, di TikTok Drama Sangat atau di platform klien,” ujarnya.

Arena luas

Katanya, dunia penerbitan yang berkembang pesat seiring kemajuan dunia maya tanpa sempadan dimanfaatkan syarikat penerbitan serta stesen televisyen dengan sebaik mungkin.

Bahkan ujar Muaz, aliran yang semakin dipaparkan secara meluas terutama di luar negara membuktikan semua platform mampu ‘menjual’ karya ke arena lebih besar.

“Ini suatu transisi yang membuka karya kita ke dunia lebih luas kerana naskhah dihasilkan dengan konsep drama mikro dapat mensasarkan lebih ramai audiens.

Mr. Perfect Ramadan mengisahkan perjalanan seorang anak kota mengenali nilai hidup dan makna Ramadan tersebut akan bersiaran sehingga 4 April depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN