fbpx
NEYMAR berdepan siri kecederaan yang berulang dan panjang menyebabkan kariernya sebagai pemain terencat. - AFP

Neymar pertimbang pilihan bersara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SANTOS – Karier penjaring terbanyak sepanjang zaman Brazil, Neymar sudah semakin hampir ke penghujung apabila dia memberi gambaran untuk menggantung but sebaik sahaja saingan 2026 melabuhkan tirainya.

Pemain yang pernah memiliki nilai £200 juta (RM) itu tampaknya sudah berputus asa untuk meneruskan karier apabila sering dibelenggu masalah kecederaan berulang sejak kembali ke Brazil bersama Santos.

Neymar yang baru kembali beraksi selepas menjalani pembedahan lutut Disember tahun lalu mengakui tidak tahu apa yang sedang menantinya di hadapan meskipun memasang hasrat bermain di Piala Dunia Jun depan.

“Saya tidak tahu apa yang akan berlaku bermula dari sekarang. Belum ada sebarang perancangan berhubung tahun depan kerana saya mahu memberikan sepenuh fokus kepada keaadaan semasa.

“Ada kemungkinan saya mahu mengumumkan persaraan pada Disember nanti. Sekarang saya hanya boleh merancang tahun demi tahun dan bukannya secara jangka panjang seperti sebelum ini,” katanya.

Walaupun memasang hasrat untuk menembusi skuad kebangsaan Brazil bagi mengejar impian beraksi di Piala Dunia, namun bekas bintang Barcelona itu mengakui persaingan cukup sengit bagi mendapatkan tempat.

“Tahun ini sangat penting bukan sahaja untuk Santos, malah skuad Brazil juga kerana ada Piala Dunia. Sebagai pemain, sudah tentu saya mahu menyertai pasukan (Brazil) dan bermain di sana,” ujar Neymar. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN