PONTIAN – Seorang kanak-kanak melalui detik cemas ketika memancing bersama bapa angkat apabila bot dinaiki mereka melanggar sebatang kayu yang tumbang dalam kejadian di Sungai Pontian Besar, Kampung Tanjung Air Hitam, di sini pagi hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 8.15 pagi itu, kedua-dua mangsa, Hoa Chen Ho, 9, dan bapa angkatnya, Albert Tan atau Tan Siang Fook, 56, tercampak dan jatuh ke dalam sungai.
Ketua Polis Daerah Pontian, Supritendan Hadzat Hussien Mion Hussin berkata, siasatan awal mendapati, kedua-dua mangsa menaiki bot yang disewa bergerak dari Jeti Tanjung Air Hitam pada pukul 8 pagi.
“Kira-kira 800 meter meninggalkan jeti, bot sewa yang dikemudi Siang Fok melanggar sebatang pokok yang merentangi sungai tersebut.
“Akibat pelanggaran itu, Siang Fok telah terjatuh ke dalam sungai, manakala Chen Ho sempat berpaut pada bot,”katanya ketika ditemui di Jeti Sungai Tanjung Air Hitam, disini, tengah hari hari ini.
Tambah Hadzrat, kanak-kanak ini yang beralamat di Taman Inderapura Kulai sempat menyelamatkan diri dengan berenang ke tebing sungai.
“Chen Ho telah naik ke tebing dah dijumpai oleh seorang penduduk di atas jambatan Kampung Parit Bugis dalam keadaan berlumpur sebelum diserahkan kepada pihak polis,”ujarnya.
Hadzrat berkata, sejurus menerima maklumat, satu laporan polis telah melakukan operasi mencari serta menyelamat (SAR) digerakkan di lokasi kejadian.-KOSMO! ONLINE.














