fbpx
Kemeja ini menampilkan corak grafik seperti kesan terbakar akibat seterika. - X

Baju ada ‘cop seterika’ dijual lebih RM4,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BERN – Sebuah jenama fesyen mewah menerima kritikan pengguna media sosial kerana menjual baju dengan cetakan kesan ‘terbakar seterika’ pada harga AS$1,139 (RM4,400), lapor stesen penyiaran NDTV.

Dinamakan White Ironing Burn Graphic Shirt, baju itu dijual oleh Vetements yang berpangkalan di Switzerland.

Pakaian tersebut menampilkan corak grafik seperti kesan hangus akibat seterika pada poket.

Pengguna media sosial terkejut apabila baju tersebut dijual pada harga AS$1,139 kerana ia menyerupai barang yang rosak.

“Ibu saya boleh reka corak ini secara percuma,” kata seorang netizen. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN