fbpx
Episod 6 Keluarga Iskandar yang ditayangkan baru-baru ini benar-benar meninggalkan impak emosi yang mendalam, khususnya buat peminat setia drama fenomena terbabit.

Awat ‘jahat’ sangat episod 6 Keluarga Iskandar – Netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Bagai reality bites! Episod 6 yang ditayangkan  benar-benar meninggalkan impak emosi yang mendalam, khususnya buat peminat setia Keluarga Iskandar.

Episod tersebut bukan sahaja mengundang perasaan hiba, malah membuka ruang refleksi tentang nilai kekeluargaan yang sering kita anggap remeh.

Watak Kak Ngah yang dibawakan oleh Susan Lankester sejak musim pertama dan kedua sememangnya antara nadi penting dalam siri ini. Keperibadiannya yang tegas, namun penuh kasih menjadikan Kak Ngah antara watak paling disayangi penonton.

Namun, perjalanan watak tersebut terhenti dalam episod 6 apabila penceritaan perungkaian kisah pemergiannya. Di media sosial, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih, malah ramai yang mengakui menitiskan air mata menyaksikan babak tersebut yang sarat emosi.

Kemunculan Keluarga Iskandar 3 jelas bukan sekadar sebuah ‘comeback’ biasa. Musim ini tampil dengan pendekatan penceritaan yang lebih matang, beralih daripada komedi ringan kepada kisah realiti yang dekat dengan kehidupan masyarakat hari ini.

Kehilangan Kak Ngah menjadi simbolik kepada hakikat kehidupan — bahawa setiap insan pasti akan berdepan kehilangan orang tersayang.

Namun, mesej yang dibawa bukan sekadar tentang pemergian, tetapi tentang kekuatan mereka yang masih meneruskan kehidupan dengan kenangan dan kasih yang ditinggalkan.

Keluarga Iskandar 3 bersiaran setiap Jumaat hingga Ahad, pukul 9 malam di Astro Ria dan boleh distrim menerusi aplikasi Sooka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN