fbpx
Gambar hiasan

Lelaki ditahan, ugut pemandu selepas potong kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki ditahan dipercayai terbabit kes ugutan jenayah terhadap seorang pemandu dalam kejadian berhampiran sebuah sekolah menengah di Cheras tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pihaknya mengesahkan menerima satu laporan daripada pengadu pada 11 September 2025.

Beliau berkata, ketika kejadian, pengadu sedang memandu bersama keluarganya dari sebuah sekolah menengah untuk pulang ke rumah.

“Dalam perjalanan, sebuah kenderaan tidak dikenali yang dipandu suspek secara tiba-tiba memotong kenderaan pengadu dan memberhentikan kenderaan secara mengejut.

“Pengadu bersama isterinya kemudian bertanya secara baik kepada suspek, namun lelaki itu bertindak agresif serta melakukan ugutan jenayah terhadap pengadu.

“Siasatan awal mendapati motif kejadian dipercayai berpunca daripada salah faham pergerakan lalu lintas antara kenderaan pengadu dan suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, suspek yang merupakan lelaki tempatan berusia lewat 30-an ditahan pada 10 Februari 2026.

“Semakan mendapati suspek mempunyai 10 rekod lampau dan ujian saringan air kencing yang dijalankan adalah negatif daripada sebarang jenis dadah,” katanya.

Menurut beliau, suspek direman selama dua hari bermula 11 Februari hingga 12 Februari lalu sebelum dibebaskan dengan jaminan polis

Ujarnya, kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN