JAKARTA – Sebuah masjid di Indonesia mengundang perhatian orang ramai apabila menayangkan siaran langsung perlawanan bola sepak kepada jemaah semasa mereka menunaikan solat tarawih.
Rakaman video kejadian dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @asyrafigusti__ menunjukkan jemaah lelaki sedang menonton televisyen yang dipasang pada dinding masjid sementara menunggu solat tarawih.
Rancangan itu menayangkan siaran langsung perlawanan AFC Champions League Two antara kelab Persib Bandung menentang Ratchaburi FC, baru-baru ini.
Selain menarik orang ramai untuk menunaikan tarawih, langkah itu dibuat agar jemaah dapat memantau jaringan gol yang oleh kelab bola sepak kegemaran mereka.
Rakaman itu mencatatkan lebih 1.4 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Bimbang mereka tidak sebut ‘amin’ tetapi ‘gol’,” kata seorang netizen.
“Seimbang dunia akhirat,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI














