SUASANA di Masjid Asy-Syakirin di KLCC, Kuala Lumpur pada dua minggu lalu berbeza dengan hari-hari sebelumnya. Kebiasaannya, masjid yang terletak di lokasi tumpuan pelancong tersebut menjadi destinasi pilihan orang ramai untuk singgah mengerjakan rukun Islam kedua terutamanya. Namun, masjid itu baru-baru ini menjadi tumpuan apabila hampir 6,400 orang peserta terutama wanita hadir bagi mengikuti program Wanita Itu: Ramadan, Doa & Syurga. Kehadiran peserta yang begitu ramai itu sekali gus menandai pencapaian penting sebagai edisi ke-10 segmen Wanita Itu yang baru……














