fbpx
Lisdawati bersama anaknya antara selebriti yang menyertai program Apron Ramadan yang ditayangkan di platform PERKESO mulai hari ini.

PERKESO buka peluang menang duit raya, sertai peraduan Apron Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Bersempena Ramadan, pelbagai program digital bakal menghiasi aktiviti penuh masyarkat di negara ini selain sibuk melaksanakan tugasan harian dan juga amalan beribadah pada bulan puasa.

Terbaharu adalah Apron Ramadan yang akan ditayangkan bermula hari ini setiap Jumaat hingga Ahad menerusi saluran media sosial rasmi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di platform Instagram, Facebook dan TikTok.

Lebih menarik, setiap episod tersebut membuka peluang kepada orang awam untuk menyertai pertandingan dengan berkongsi pengalaman bersama PERKESO di ruangan komen.

Penyertaan dengan komen paling kreatif dan berimpak akan dipilih sebagai pemenang dan menerima ganjaran duit raya sebagai tanda penghargaan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, program ini tampil dengan konsep penuh kehangatan apabila menyatukan hubungan ibu dan anak dalam kalangan personaliti berpengaruh tanah air dalam satu dapur bagi menyediakan hidangan istimewa kegemaran keluarga sepanjang bulan Ramadan.

Dihoskan oleh pempengaruh makanan yang sedang meningkat naik, Afiq Rahim, program ini diserikan dengan gaya ceria dan mencuit hati beliau dalam mengendalikan gelagat setiap keluarga selebriti yang terlibat.

Antara keluarga artis yang bakal mewarnai program ini termasuk pelakon popular Liza Abdullah, Lisdawati, penyanyi Farez Adnan serta pempengaruh media sosial Muka Gangster.

Setiap episod memaparkan keletah dan dinamika unik ibu dan anak dalam suasana santai, penuh gelak tawa serta nilai kekeluargaan yang menyentuh hati.

“Apron Ramadan bukan sekadar program memasak, malah menjadi platform memperkukuhkan nilai kekeluargaan, menghargai pengorbanan ibu serta menyemarakkan semangat Ramadan dalam suasana yang santai dan penuh inspirasi,” jelasnya.  -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI