PETALING JAYA – Aksi seorang kanak-kanak mengendalikan sebuah jentolak mengundang pelbagai komen pengguna di media sosial.
Ini kerana rata-rata pengguna terhibur dengan aksi kanak-kanak berkopiah itu mengendalikan jentera berat secara sendirian.
Menerusi perkongsian di media sosial, kanak-kanak tersebut seolah-olah sudah biasa mengendalikan jentera berat itu yang sebelum ini dikendalikan oleh orang dewasa.
Namun, tidak dapat dipastikan lokasi sebenar dan tarikh klip video itu dirakam dan difahamkan aksi kanak-kanak tersebut turut dipantau oleh orang dewasa.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna telah meninggalkan komen yang teruja dengan ‘mainan’ kanak-kanak tersebut.
“Ni mesti sebab kes bapak main JCB mainan adik ni, ‘last-last’ adik main yang real JCB punya,” komen Syafiq Suzuki.
“Besar mainan dia,” kata Zairu Zkhmn.
Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Matt Ali.
“Ni mesti bapak dia salah beli mainan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE














