fbpx

Coda Lancar Kempen Antipenipuan Serantau Bantu Pemain Kekal Selangkah di Hadapan Penipuan Dalam Talian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SINGAPURA, 19 Februari 2026 /PRNewswire/ — Coda, peneraju global bagi pengewangan dan pengedaran kandungan digital, menjalin kerjasama dengan Kementerian Ekonomi Kreatif/Badan Ekonomi Kreatif Indonesia (EKRAF) untuk melancarkan ‘Guard Your Game’ (Lindungi Permainan Anda), satu kempen kesedaran antipenipuan yang direka untuk membantu pemain Indonesia mengenal pasti, mengelak dan melaporkan taktik penipuan dalam talian yang lazim ditemui dalam perdagangan permainan.

Seiring pertumbuhan pesat permainan dalam talian sebagai sebahagian daripada ekonomi digital yang rancak, penipu semakin menyasarkan pemain melalui pautan pancing data, tuntutan ganjaran palsu, penyamaran dan tawaran tambah nilai palsu yang sering menyamar sebagai platform yang dipercayai. Guard Your Game memperlengkap pengguna dengan ilmu pengetahuan dan alat praktikal untuk melindungi diri mereka, termasuk panduan mengenal pasti laman web penipuan yang menyamar sebagai perkhidmatan yang sah seperti pasaran kandungan digital Coda, Codashop.

Pelancaran Guard Your Game di Indonesia menandakan permulaan kempen serantau Coda yang lebih luas untuk membanteras kegiatan penipuan di seluruh Asia Tenggara dan menyokong ekosistem yang lebih selamat untuk pemain bermain dan membuat pembayaran. Pemain juga boleh mengakses Online Safety URL Checker Coda bagi mengesahkan laman web yang sah dan mengelakkan pautan yang berunsurkan penipuan atau penyamaran: https://www.coda.co/online-safety/

Inisiatif ini dilaksanakan ketika kegiatan penipuan dalam talian semakin meningkat dalam seluruh ekonomi digital Indonesia. Menurut Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan (Otoriti Jasa Kewangan – OJK) Indonesia, penipuan e-dagang merupakan kategori penipuan yang paling kerap dilaporkan setakat November 2025, dengan 64,933 laporan dan kerugian mencecah IDR 1.14 trilion. Ini diikuti dengan penipuan penyamaran dan panggilan palsu yang menyumbang 39,978 laporan dan kerugian sebanyak IDR 1.54 trilion. Percubaan pancing data dan fail APK berniat jahat yang diedarkan melalui platform pemesejan turut dilaporkan secara meluas. Secara keseluruhan, OJK menyatakan bahawa kerugian awam akibat penipuan dalam talian mencecah Rp7.9 trilion sepanjang tahun lalu daripada lebih 350,000 laporan.

Diendors oleh EKRAF, Guard Your Game menggambarkan komitmen bersama untuk memperkukuh kesedaran digital dan menyokong pengalaman dalam talian yang lebih selamat dalam ekonomi kreatif Indonesia yang kian berkembang pesat. Dengan menggabungkan pendidikan awam, alat praktikal dan kolaborasi bersama rakan kongsi kerajaan, kempen ini bertujuan membina kebingkasan digital jangka panjang dalam kalangan pemain dan mengurangkan pendedahan kepada skim penipuan.

Liz Adam, Naib Presiden Hal Ehwal Korporat di Coda, berkata: "Di Coda, kami percaya ekosistem digital yang benar-benar dipercayai dibangunkan berasaskan pengguna berpengetahuan. Kempen antipenipuan ini merupakan bukti komitmen proaktif kami terhadap perlindungan pengguna, memperkasakan individu dengan ilmu pengetahuan dan alat kritikal yang diperlukan untuk mengesan dan mengelakkan laman web penipuan. Dengan Guard Your Game, matlamat kami bukan sekadar untuk mengurangkan risiko, tetapi untuk membolehkan pengguna kami mengemudi dunia digital dengan yakin, sekali gus memupuk persekitaran kolektif dalam talian yang lebih selamat untuk semua."

Muhammad Neil El Himam, Timbalan Pengerusi Kreativiti Digital dan Teknologi di Kementerian Ekonomi Kreatif/Badan Ekonomi Kreatif Indonesia, menambah: "Pertumbuhan pesat dalam subsektor permainan dan kandungan digital Indonesia membuka peluang yang besar untuk daya kreativiti, inovasi dan sumbangan kepada pembangunan ekonomi kreatif. Namun, apabila penyertaan digital terus berkembang, pengukuhan kesedaran orang ramai dan pengguna berhubung risiko penipuan – terutamanya dalam kalangan pemain – menjadi semakin penting. Kami benar-benar menghargai inisiatif seperti kempen Guard Your Game daripada Coda yang membantu pemain mendapat kesedaran dan pemahaman yang lebih tinggi dalam mengenal pasti dan mengelakkan penipuan dalam transaksi permainan. Kerjasama antara Kementerian Ekonomi Kreatif/Badan Ekonomi Kreatif dan Coda ini mencerminkan tanggungjawab bersama antara kerajaan dan industri dalam membina ekosistem ekonomi kreatif digital yang mudah, inklusif dan selamat."

Untuk mengikuti kempen ini melalui saluran sosial Codashop, kunjungi:

Untuk maklumat lanjut dan untuk mengakses sumber antipenipuan, sila kunjungi: https://www.coda.co/online-safety/

Latar Belakang Coda

Coda ialah peneraju bertaraf global bagi pengewangan dan pengedaran kandungan digital. Kami dipercayai oleh lebih 300 penerbit—termasuk Activision, Electronic Arts dan Riot Games—untuk mengembangkan khalayak dan pendapatan mereka di seluruh dunia. Penyelesaian luar-aplikasi kami termasuk Custom Commerce, kedai web yang boleh disesuaikan sepenuhnya; Codapay, yang mengupayakan pembayaran langsung yang lancar melalui integrasi API tunggal di laman web penerbit; Codashop, pasaran bersasar untuk jutaan pemain membeli kandungan dalam-permainan; dan Distribution, yang memperluas jangkauan kandungan melalui rangkaian rakan dagang yang dipercayai. Ditubuhkan pada tahun 2011, Coda beribu pejabat di Singapura dengan pasukan yang terdiri daripada lebih 550 kakitangan di seluruh dunia. Baru-baru ini, Coda memperoleh Recharge, iaitu platform pembayaran prabayar yang terkemuka di Eropah. Coda disokong oleh Apis Partners, Insight Partners dan Smash Capital, serta dinamakan sebagai APAC High Growth Company (2023) oleh Financial Times, salah satu daripada NextGenTech 30 Granite Asia (2024), peneraju pembayaran dalam senarai Fintech Innovation Asia Fortune (2024) dan disenaraikan antara The Straits Times Fastest Growing Fintechs (2024). Untuk maklumat lanjut mengenai Coda, kunjungi coda.co.

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4886775_MS86775_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN