fbpx
Pengurusan DBKL akan mengadakan perjumpaan dengan pihak MRM bagi mengadakan perbincangan konstruktif ke arah penyelesaian jangka panjang.

Tindakan DBKL tutup reruai MRM amat dikesali – Tuan Ibrahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Timbalan Presiden Pas menyifatkan tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang menutup dan merampas reruai Street Dakwah anjuran Multiracial Reverted Muslims (MRM) di Bukit Bintang pada hari cuti Tahun Baharu Cina semalam amat dikesali dan menimbulkan persoalan.

Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu hantaran berkata, tindakan penguatkuasaan yang begitu pantas dan responsif terhadap reruai dakwah yang aman ini dilihat berbeza dengan tahap reaksi terhadap pelbagai gejala sosial yang lebih ketara dan terbuka di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur.

“Kegiatan tidak bermoral yang menyakitkan mata masyarakat seolah-olah dibiarkan tanpa tindakan setegas ini. Justeru, apa yang dikesalkan ialah keutamaan penguatkuasaan DBKL sepatutnya selari dengan kepentingan awam serta nilai kesejahteraan masyarakat,” katanya di sini hari ini.

Tuan Ibrahim berkata, DBKL wajar menghargai usaha mana-mana pihak yang secara sukarela mengajak masyarakat kepada kehidupan yang lebih baik dan sejahtera.

“Aktiviti dakwah yang dilaksanakan secara tertib serta tidak mengganggu orang ramai sewajarnya dilihat sebagai sumbangan kepada pembinaan akhlak dan keharmonian sosial.

“Diharapkan DBKL dapat memberikan penjelasan yang telus berhubung tindakan ini serta memastikan penguatkuasaan dilaksanakan secara adil, konsisten dan profesional,” katanya.

Katanya, kepercayaan rakyat terhadap institusi awam bergantung pada ketelusan dan keadilan dalam setiap tindakan yang diambil. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN