fbpx
Sekumpulan lelaki yang sedang memancing gempar dengan penemuan mayat lelaki di Pantai Bukit Bubus di sini semalam.

Pemancing maut terkena serangan jantung di Pantai Bukit Bubus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BESUT – Sekumpulan lelaki yang sedang memancing gempar dengan penemuan mayat lelaki di Pantai Bukit Bubus di sini semalam.

Mayat lelaki berusia 54 tahun yang berpakaian lengkap tersebut dijumpai terapung berhampiran pesisir pantai berkenaan pada pukul 7.05 malam.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd. Rozaime Ab. Rahim berkata, mayat lelaki yang dipercayai berasal dari Pasir Puteh, Kelantan itu kemudiannya telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut di sini untuk tindakan lanjut.

“Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat penyakit jantung.

“Mangsa dipercayai terkena serangan jantung berkenaan sewaktu memancing seorang diri di kawasan berhampiran Pantai Bukit Bubus,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Rozaime berkata, lelaki itu dipercayai meninggal dunia dalam tempoh 24 jam sebelum mayatnya ditemui.

Beliau berkata, setakat ini, kematian lelaki tersebut diklasifiiasikan sebagai kematian mengejut.

Beliau berkata, jenazah mangsa yang selesai dibedah siasat akan diserahkan kepada ahli keluarga untuk urusan pengebumian.

“Saya menasihatkan pemancing agar menjaga kesihatan dan keselamatan diri sewaktu melakukan aktiviti riadah tersebut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN