fbpx
Tangkap layar kes kecurian kabel berhampiran Pangsapuri D'Kayangan Setia Ecohill, Semenyih.

4 lelaki curi kabel di Semenyih diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Polis sedang giat mengesan empat lelaki yang disyaki terlibat dalam kes curi kabel berdekatan Pangsapuri D’Kayangan Setia Ecohill, Semenyih di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes kecurian tersebut sekitar pukul 6.54 pagi.

“Siasatan mendapati kejadian melibatkan empat lelaki tidak dikenal pasti yang menggunakan sebuah kenderaan warna kelabu sedang memotong kabel dipercayai milik Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Kesemua suspek telah melarikan diri selepas ditegur oleh penduduk setempat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Naazron berkata, polis sedang giat mengesan suspek yang terlibat dan kes disiasat di bawah Seksyen 431A Kanun Keseksaan.

Katanya, mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Kes, Sarjan Nadzul Majdi Abu Seman di talian 0174661757.

“Masyarakat boleh terus menghubungi talian NG MERS 999 atau Pusat Kawalan Polis Daerah Kajang ditalian 0389114243 jika melihat atau mempunyai maklumat sebarang perbuatan jenayah,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN