fbpx
ISA dan Zulkifli Bujang ketika hadir dalam sidang akhbar perletakkan jawatan Ketua Bahagian Bersatu di Simpang Renggam hari ini. Foto oleh ADNAN IBRAHIM/ KOSMO!

11 Ketua Bahagian Bersatu Johor letak jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLUANG – Seramai 11 Ketua Bahagian Parti Peribumi Bersatu (Bersatu) Johor mengumumkan peletakan jawatan beramai-ramai selepas kecewa dan kesal dengan krisis yang melanda parti tersebut.

Susulan peletakan jawatan oleh kepimpinan bahagian parti itu, ia juga secara tidak langsung menyebabkan semua bahagian terlibat terbubar dan tidak lagi boleh menjalankan apa-apa kegiatan berkaitan parti.

Bekas Ketua Bahagian Bersatu Pontian, Datuk Isa Abdul Hamid berkata, ketua bahagian yang mengumumkan peletakan jawatan adalah Simpang Renggam, Sembrong, Mersing, Ledang, Pontian, Labis, Pengerang, Johor Bahru, Tanjung Piai, Sri Gading dan Pulai.

“Dengan tindakan ini, apabila dua pertiga daripada Ahli Jawatankuasa Bahagian turut mengambil keputusan secara tidak langsung menyebabkan bahagiannya terbubar dan tidak boleh membuat keputusan mesyuarat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Isa, dijangka lebih ramai lagi Ketua Bahagian di Johor akan mengambil keputusan sama dalam masa terdekat dan menyifatkan tindakan tersebut dilakukan secara sedar, tanpa paksaan daripada mana-mana pihak.

Dalam pada itu, Bekas Ketua Bahagian Johor Bahru, Datuk Zulkifli Bujang berkata, buat masa sekarang, pihaknya tidak bercadang untuk menyertai mana-mana parti walaupun Bersatu tidak lagi memberi ruang untuk memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI