fbpx
Tangkap layar video TikTok Zhiddin Aziz berhubung gambar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, Selangor yang dikatakan sebagai masjid di Iran, pada papan tanda informasi tempat tarikan di Indonesia.

[VIDEO] ‘Ini gambar masjid di Malaysia, bukan di Iran’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebuah tempat tarikan di Indonesia didakwa melakukan kesilapan apabila meletakkan gambar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, Selangor dengan mengatakan ia masjid di Iran.

Gambar Masjid Negeri Selangor itu diletakkan pada papan tanda informasi di tempat tarikan berkenaan dan ia disedari oleh pempengaruh, Zhiddin Aziz serta memuat naik video pada TikTok.

“Sekarang saya di Indonesia, saya pelik dah beberapa tahun tempat ni dibuka takkan lah tiada siapa yang tegur pasal ni. Ini gambar masjid di Malaysia, Masjid Sultan Salahuddin Aziz Shah, Masjid di Selangor, masjid kedua terbesar di Asia Tenggara, bukan masjid di Iran.

“Sayanglah tempat ni cantik, mampu membuka mata, tapi tolong ya pihak berkaitan betul kan sebab kalau tak, ia jadi kecelaruan. Sebab tu kalau hendak bicara, semak dahulu fakta, kalau tak pasti, jangan kongsi,” katanya.

Ia mendapat pelbagai maklum balas terutama daripada rakyat Malaysia yang meminta pihak berkenaan di Indonesia memperbetulkan kesilapan fakta tersebut.

“Harap Indonesia peka lah, ubah,” komen seorang pengguna TikTok.

“Ini pencuri namanya. Curi gambar masjid di Malaysia, tapi ‘claim’ Iran punya, gagal geografi,” komen seorang lagi individu. – KOSMO! ONLINE

@zhiddinazizz♬ original sound – zhiddinaziz

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN