fbpx
Sulaiman ketika ditemui pemberita di Tanjong Karang, Kuala Selangor. FOTO: ISKANDAR ISHAK

UMNO Tanjong Karang alu penyertaan semula Noh Omar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA SELANGOR – UMNO Bahagian Tanjong Karang mengalukan penyertaan semula mana-mana individu termasuk Tan Sri Noh Omar namun perlu dibuat menerusi proses ditetapkan parti.

Ketuanya, Datuk Sulaiman Abdul Razak berkata, pihaknya tidak mencampuri keputusan peribadi Noh yang melepaskan jawatan sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Jelas beliau, bekas Ketua UMNO Bahagian dan Ahli Parlimen Tanjong Karang itu berhak menentukan hala tuju politiknya.

“Kita di Tanjong Karang menghormati keputusan Tan Sri Noh kerana itu hak beliau untuk mengambil apa-apa keputusan politik.

“Namun, sebarang penyertaan semula bersama UMNO perlu melalui proses ditetapkan termasuk penelitian jawatankuasa khas yang ditubuhkan parti,” katanya ketika ditemui pada program Sentuhan Kasih Ambang Ramadan di Tanjong Karang di sini, hari ini.

Tambah Sulaiman, pendirian itu selaras gagasan ‘Rumah Bangsa’ yang diumumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika Perhimpunan Agung UMNO (PAU) lalu.

“Konsep itu membuka ruang seluasnya kepada orang Melayu termasuk mereka yang pernah dipecat, dikenakan tindakan disiplin, meninggalkan parti atau belum pernah menjadi ahli untuk kembali memperkukuh perjuangan,” ujarnya.

Sabtu lalu, Noh mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli MPT Bersatu susulan tindakan pemecatan ahli parti itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN