fbpx
Dr. Azman menunjukkan hasil padi yang telah dikisar menjadi padi sebelum dijual kepada pelanggan.

Dulu rawat orang, sekarang ubati padi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA SELANGOR – Seorang doktor sanggup meninggalkan kerjaya profesional dalam bidang perubatan apabila kembali ke kampung halamannya untuk menjadi pesawah di Sawah Sempadan, Tanjong Karang di sini.

Malah Dr. Azman Mohd. Sharif, 59, turut cekal menepis pandangan sinis sesetengah pihak yang mempersoalkan keputusannya meninggalkan dunia per­ubatan yang telah diceburinya lebih 20 tahun.

Dr. Azman berkata, sebelum ini dia pernah berkhidmat di hospital dan tiga buah klinik dari 1996 hingga 2010 sebelum menjadi pengarah di sebuah pusat dialisis selama 10 tahun.

Katanya, pelbagai pandangan sinis diterima antaranya mempersoalkan kemahuannya untuk menjadi seorang pesawah yang terpaksa berhujan dan berpanas, sedangkan dia sudah mempu­nyai kerjaya baik dan selesa.

“Alasan saya kembali ke sawah adalah untuk mengambil alih tanah keluarga selepas ayah ­sakit, selain minat dalam bidang pertanian,” katanya kepada ­Kosmo! semalam.

Dr. Azman berkata, dia telah lima tahun menceburi bidang pertanian dengan mengusahakan 4.8 hektar sawah yang bersamaan empat keping tanah.

Hasil penat lelahnya itu, dia berjaya memperoleh keuntungan kasar kira-kira RM30,000 pada setiap musim.

“Minat sangat penting, kalau buat sikit-sikit, penat. Harus ada skala ekonomi yang betul. Saya usahakan 4.8 hektar dalam empat lot tanah. Sistem pengurusan bersepadu juga amat penting supaya racun dari jiran tidak memasuki lot kita,” ujarnya.

Lebih membanggakan, Dr. Azman juga berjaya membina kilang sendiri dengan bantuan geran penuh kerajaan sebanyak RM100,000 melalui program Sistem Amalan Pertanian Baik dan mampu menghasilkan 300 kilogram (kg) padi sehari yang dijual secara dalam talian.

“Proses pengeringan paling lama, ambil masa 10 jam, tetapi itulah bahagian penting dalam pengilangan.

“Generasi muda perlu dilibatkan dalam bidang ini sebagai pelapis dan menggunakan teknologi untuk memudahkan kerja sawah tanpa perlu masuk ke bendang setiap masa, namun pemantauan dan ilmu melalui kursus Jabatan Pertanian juga amat penting,” katanya.

Menurutnya, kos pengurusan satu lot sawah hampir RM4,500 semusim dan disebabkan itu, pesawah perlu menginovasikan kaedah moden bagi menampung kos tersebut.

“Generasi muda juga perlu bijak mengambil peluang meneroka industri hiliran, termasuk agro pelancongan, contohnya dengan membuka chalet di kawasan sawah,” katanya.

Dr. Azman memberitahu, dia turut memiliki sembilan chalet untuk penginapan pelancong sebagai sumber pendapatan sam­pingannya.

Difahamkan, terdapat 71 pesawah muda yang berusia di bawah 40 tahun di Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Barat Laut Selangor setakat ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN