fbpx
Muhammad Aiman ditemukan lemas selepas dipercayai mandi bersama beberapa rakannya di Sungai Kampung Gelam, Langgar, Alor Setar hari ini.

Remaja tenggelam di tengah sungai ditemukan lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Kegembiraan sekumpulan remaja mandi di Sungai Kampung Gelam, Langgar, di sini bertukar duka apabila seorang daripada mereka ditemukan lemas petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, kejadian yang menimpa mangsa, Muhammad Aiman Mohd. Zaini, 17, dikatakan berlaku pada pukul 5.30 petang.

“Mangsa bersama empat rakan dari Taman Derga Jaya pergi ke sungai tersebut untuk mandi. Mangsa kemudian disedari lemas dan tenggelam.

“Rakannya cuba menyelamatkan remaja itu, namun mangsa tenggelam di tengah sungai sebelum mereka meminta bantuan orang awam untuk memaklumkan kejadian tersebut kepada polis,” katanya di sini, hari ini.

Mayat pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Darul Aman itu dijumpai pada pukul 6.41 petang dan dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah untuk proses bedah siasat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN