JAKARTA – Sebuah acara pameran barang kemas di Jakarta bertukar kecoh apabila orang ramai saling berebut untuk memasuki ruang acara, lapor laman berita Detik semalam.
Jewellery Fair 2026 yang berlangsung di Pusat Persidangan Jakarta Senayan itu berlangsung dari 12 hingga 14 Februari lalu.
Dalam satu video tular di media sosial Sabtu lalu, orang ramai diihat saling berhimpit di hadapan pintu masuk ruang acara sebelum pameran dibuka.
Mereka berebut-rebut untuk masuk bagi membeli barangan kemas yang dipamerkan.
Seorang penduduk Jakarta Timur, Dodi berkata, video tular itu berlaku sekitar pukul 6.30 pagi (waktu tempatan) sebelum pintu masuk dibuka.
“Pintu belum dibuka lagi, jadi orang ramai meminta ia dibuka. Sekitar pukul 8 pagi (waktu tempatan) barulah jawatankuasa tiba,” kata Dodi.
Tambahnya, kuota untuk pengunjung hari itu cuma 200 pengunjung, manakala dia diberikan nombor 112. – AGENSI














