KOTA TINGGI – Kegembiraan seorang remaja dan dua kanak-kanak beriadah di Pantai Tanjung Buloh, Sedili Kecil di sini bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka hilang, dikhuatiri lemas.
Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Penawar, Pegawai Bomba Kanan I Muhammad Hashim Ismail berkata, pihak bomba menerima panggilan kejadian itu pukul 1.17 tengah hari.
“Terdapat tiga orang mangsa iaitu Arman Hanif, 11, dan Mohamad Soleh Hazriq Mokthar, 16, dijumpai selamat, manakala Putra Aniq Fairuz Mohd Faizul, 11, masih belum ditemui,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya, seramai 16 anggota telah digerakkan ke lokasi kejadian bagi melaksanakan operasi pencarian yang masih diteruskan. – KOSMO! ONLINE














