fbpx
Tangkap layar video memaparkan sebuah bot nelayan yang ditemui karam di perairan Kerteh, Kemaman semalam.

Bot nelayan karam di perairan Kerteh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMAMAN – Sebuah bot nelayan bersama pukat ditemui karam di perairan Kerteh berhampiran Pelabuhan Kerteh di sini malam tadi.

Pemeriksaan Polis Bantuan Petronas pada pukul 9.05 malam bagaimanapuntidak menjumpai mangsa berhampiran bot terbabit.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd. Razi Rosli berkata, setakat ini, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan berhubung bot karam mahupun nelayan hilang di laut.

“Pencarian di perairan berhampiran bot karam terbabit juga tidak menemui sebarang petunjuk setakat ini.

“Jarak bot karam dengan pesisir pantai kira-kira 500 meter,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Terdahulu tular di media sosial video memaparkan sebuah bot ditemui karam di perairan Kerteh terbabit.

Mohd. Razi berkata, pemantauan akan terus dilakukan dengan kerjasama Jabatan Laut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN