fbpx
Gambar hiasan

Wanita mati dijerut di kebun pisang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LANGAT – Seorang wanita ditemukan maut dengan kesan jerutan di kawasan kebun pisang di Banting di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Akmalrizal Radzi berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan berhubung penemuan mayat wanita asing berusia dalam lingkungan 30-an itu kira-kira pukul 11.07 pagi.

Katanya, siasatan awal mendapati kesan jerutan pada leher wanita Indonesia itu dipercayai akibat perbuatan jenayah.

“Risikan dan siasatan polis mendapati kes itu dipercayai melibatkan dua lelaki warga Indonesia yang bekerja sebagai tukang kebun.

“Kedua-dua suspek berusia 30 hingga 50-an itu berjaya ditahan tidak sampai 24 jam selepas kejadian bagi membantu siasatan,” katanya yang memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di talian 03-31872222 atau mana-mana balai polis berdekatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN