JAKARTA – Seorang wanita cantik mengundang perhatian ramai apabila dirakam mencuri krim pelindung sinaran matahari di sebuah kedai serbaneka di Indonesia, lapor portal berita Lambe Turah.
Kecurian berlaku sekitar pukul 5.03 petang (waktu tempatan) di Alfamart, baru-baru ini.
Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang disiarkan di platform Instagram oleh akaun @kabar24jam.id menunjukkan wanita terbabit berjalan sambil memegang krim pelindung matahari.
Selepas mendapati tiada orang di sekeliling, krim tersebut dimasukkan ke dalam seluar dalamnya. Dia sempat membetulkan kainnya sebelum beredar.
Rakaman itu mencatatkan lebih 3,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Dia tidak tahu ada CCTV?” kata seorang netizen.
“Gaya macam kaya tetapi curi ‘sunscreen’,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI














