fbpx
Kakitangan BSI memeriksa beberapa tin biskut berisi duit syiling milik Moh dan isterinya. - Portal Tuban

Suami isteri guna duit syiling pergi haji 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Sepasang suami isteri di Tuban, wilayah Jawa Timur mengundang perhatian orang ramai kerana merealisasikan impian mereka untuk menunaikan haji dengan menggunakan duit syiling hasil menabung selama lebih 11 tahun, lapor portal berita Tuban. 

Moh Nasrudin dan isterinya tiba di cawangan Bank Syariah Indonesia (BSI) Tuban dengan membawa 13 tin biskut berisi wang kertas dan duit syiling. 

Tin-tin itu diangkut menggunakan sebuah trak pikap dan proses pengiraan mengambil masa beberapa jam. 

Kesemua syiling itu digunakan untuk membayar kos keseluruhan menunaikan haji. 

Lebih mengejutkan, jumlah keseluruhan simpanan tersebut mencecah 60 juta rupiah (RM13,904). 

Moh berkata, dia dan isteri mula mengumpulkan syiling bernominasi 1,000 (RM0.23) semasa bekerja di pasar. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN