fbpx
Razali (tengah) bersama kepimpinan Bersatu Terengganu pada sidang akhbar di Kuala Terengganu hari ini.

Bersatu Terengganu setia bersama Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Terengganu memberi sokongan tidak berbelah bahagi terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk terus menerajui parti tersebut.

Ketua Badan Pimpinan Bersatu Terengganu, Datuk Razali Idris berkata,
kemelut berlaku kini disebabkan perebutan kuasa untuk menjadi presiden parti tersebut.

“Konflik dalam Bersatu bukan sebab pengkhianatan kepada rakyat. Pemecatan (Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan pemimpin lain) perkara biasa.

“Cuma kali ini, ia dilihat besar kerana melibatkan timbalan presiden dan ramai Ahli Parlimen,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Razali berkata, Bersatu tidak memerlukan pemimpin hebat yang hanya mahu berebut kuasa.

Sehubungan itu, beliau menyeru ahli-ahli Bersatu agar terus setia memperkukuhkan parti berkenaan.

“Kita akan teruskan buat kerja macam biasa. Siri penerangan kepada ahlinya akan dilakukan pada masa terdekat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN