fbpx
Sebahagian tong gas LPG yang dirampas KPDN dalam satu serbuan yang dijalankan di Kajang baru-baru ini.

Aktiviti simpan LPG haram tumpas, 190 tong gas disita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA- Tindakan sebuah permis yang disyaki menyimpan barang kawalan tanpa lesen terbongkar apabila sebanyak 190 tong gas Petroleum Cecair (LPG) berjaya dirampas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam satu serbuan di Kajang baru-baru ini.

Tindakan penguatkuasaan itu dijalankan hasil maklumat risikan pegawai KPDN Putrajaya berhubung aktiviti penyimpan barangan kawalan tanpa lesen sah terbabit.

Ketua Pengarah KPDN, Datuk Azman Adam berkata, hasil pemeriksaan di lokasi mendapati dua orang individu warga tempatan iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan berperanan sebagai pemandu lori dan pemandu kereta.

“Pasukan serbuan menemui sebuah lori jenis Daihatsu yang membawa sebanyak 110 tong gas LPG, manakala terdapat tambahan 80 tong LPG berkapasiti 14kg dan 50kg di kawasan pelantar premis tersebut.

“Siasatan awal mendapati bekalan berkenaan diperolehi daripada sebuah syarikat di Bandar Rinching, Semenyih, namun pemeriksaan mengesahkan premis di Kajang ini tidak memiliki sebarang lesen sah,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Katanya, KPDN telah menyita kesemua tong gas LPG tersebut bersama sebuah lori dengan anggaran nilai rampasan keseluruhan berjumlah lebih RM83,000.

“Untuk siasatan lanjut, satu arahan di bawah Seksyen 8 Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 122] telah dikeluarkan bagi mengemukakan dokumen berkaitan serta pengisytiharan stok barang kawalan,” katanya.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 122] yang dibaca bersama Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

“KPDN menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang didapati melanggar perundangan yang ditetapkan.

“Orang perseorangan yang disabitkan kesalahan boleh didenda sehingga RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun,
manakala syarikat boleh didenda sehingga RM2 juta bagi kesalahan pertama,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI