BARU-BARU ini tular sebuah video yang dimuat naik seorang wanita berhubung keadaan anaknya kategori orang kurang upaya (OKU) di sebuah sekolah rendah sehingga menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan orang ramai. Menerusi video itu, wanita tersebut mendakwa anaknya yang mempunyai masalah cerebral palsy dikatakan pergi ke kantin dengan menggunakan lutut, tanpa kerusi roda selain menuduh guru berlaku kejam. Hantaran itu mendapat pelbagai maklum balas daripada orang ramai termasuk ada yang menyalahkan pihak sekolah. Bagaimanapun, ada juga yang tidak mempercayai video tular……














