fbpx
Naimah (kanan) ketika ditemui pada Program Jualan Rahmah Madani di Bertam, hari ini. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN / KOSMO!

‘Rumah kami terbakar, persiapan Ramadan ala kadar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Keterujaan sebuah keluarga menyambut bulan Ramadan yang berbaki kurang seminggu lagi kini bertukar sayu apabila kediaman mereka musnah dalam satu kejadian kebakaran, Khamis lalu.

Naimah Mohamad Hamidi, 28, berkata, dia dan suami serta anaknya kini terpaksa menumpang di rumah ibunya buat sementara waktu memandangkan semua kelengkapan rumah di Taman Kuala Muda, Penaga di sini, hangus dijilat api.

“Tahun ini, persiapan untuk sambut Ramadan biasa-biasa saja, tambahan pula saya kini menjaga ibu mentua yang kurang sihat akibat strok.

“Apapun, saya amat bersyukur kerana bantuan yang diterima ini bukan sahaja meringankan beban malah memudahkan kami sekeluarga,” katanya ketika ditemui pada Program Jualan Rahmah Madani yang dianjurkan bersama Ahli Majlis Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Zainuddin Mohamed, serta Karnival Mahabbah di Bertam di sini, hari ini.

kediaman teres di Taman Kuala Muda, Penaga musnah pada Khamis lalu dalam kebakaran yang berlaku kira-kira pukul 11.21 pagi.

Sementara itu, penganjur karnival, Zaini Aboo Hassan berkata, penerima bantuan terdiri daripada asnaf dan ibu tunggal yang dikenal pasti menerusi senarai Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

“Jika sebelum ini kami menyediakan bekal makanan, namun kali ini ada sedikit kelainan apabila penerima bebas memilih barangan yang diperlukan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata pihaknya turut menyediakan 10 reruai percuma kepada usahawan baharu yang tidak mempunyai modal sempena penganjuran karnival ke-17 itu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN