PETALING JAYA – Sebuah video tular memaparkan sepasang suami isteri dipercayai bertengkar di dalam kereta di tengah jalan mengundang pelbagai reaksi netizen.
Menerusi rakaman berdurasi singkat itu, kelihatan pasangan berkenaan berada di dalam sebuah kenderaan yang sedang berhenti di laluan awam.
Bagaimanapun, tumpuan pengguna media sosial bukan terarah kepada pasangan terbabit, sebaliknya lebih kepada individu yang merakam insiden tersebut.
Rata-rata netizen mempersoalkan motif perakam yang didakwa ‘busy body’ (jaga tepi kain orang) sehingga sanggup merakam dan memuat naik video berkenaan ke media sosial.
“Wehhh bakpe (buat apa) rakam.. motif?,” tulis seorang pengguna mempersoalkan tindakan merakam situasi yang dianggap sebagai hal peribadi tersebut.
Seorang lagi netizen menyifatkan perbuatan itu sebagai tidak wajar kerana boleh mengaibkan individu terlibat.
“Tak elok ambil video macam ni, mengaibkan orang… Kena ke diri sendiri baru tahu,” komen seorang pengguna yang menerima ratusan tanda suka.
Selain itu, ada juga yang menegur tindakan merakam tanpa mengetahui cerita sebenar di sebalik kejadian tersebut.
“Kau kenapa rakam-rakam orang?,” soal seorang lagi pengguna yang kurang senang dengan sikap perakam.
Segelintir netizen berpendapat, pertengkaran suami isteri adalah isu peribadi yang tidak sepatutnya dijadikan bahan tontonan umum.
Malah, ada yang menyifatkan tindakan merakam dan menyebarkan video itu sebagai mencari perhatian dan kandungan murahan demi tontonan. – KOSMO! ONLINE














