KUALA TERENGGANU – Seorang pengusaha kedai makan tidak melupakan kenangan menjumpai objek menyerupai ketulan lilin yang pada mulanya dipercayai muntah paus empat lalu. Aida Zurina Long, 46, berkata, objek disangka ambergis berkenaan telah meraih perhatian peminat bahan utama dalam industri minyak wangi berkenaan sehingga mahu membelinya menjangkau ratusan ribu ringgit. Begitupun, hasrat meraih wang segera itu lebur apabila ketulan seberat kira-kira lima kilogram berkenaan akhirnya disahkan tidak tulen hasil ujian Makmal Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan Universiti Malaysia Terengganu. “Saya…














