fbpx
Pergerakan trafik di persimpangan lampu isyarat bandar Gua Musang perlahan apabila kenderaan semakin bertambah tengah hari ini. Foto oleh AIMUNI TUAN LAH / KOSMO!

Aliran trafik masuk Kelantan sesak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG- Aliran trafik menuju ke pusat bandar Gua Musang sesak di beberapa lokasi susulan pertambahan kenderaan apabila orang ramai pulang bercuti ke kampung halaman sempena sambutan Tahun Baharu Cina dan awal Ramadan.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, jumlah kenderaan memasuki laluan Gua Musang dilaporkan bertambah sejak Khamis lalu, namun aliran trafik masih terkawal.

Katanya, keadaan kesesakan ketara berlaku di laluan sementara Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) dekat Taman Wangi di sini dan persimpangan lampu isyarat apabila kenderaan bergerak perlahan.

“Jalan Gua Musang-Kuala Lipis selain Jalan Gua Musang-Kuala Krai menjadi tumpuan pengguna untuk pulang ke destinasi dan kampung halaman masing-masing

“Perantau perlu merancang perjalanan dan menggunakan jalan alternatif lain seperti Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) Terengganu dan Lebuh Raya Timur Barat melalui Gerik, Perak sebagai laluan alternatif lain untuk memasuki negeri Kelantan bagi mengelakkan pemusatan pergerakan kenderaan di laluan utama,” katanya.

Sementara itu, seorang pengguna jalan, Yap Kim Seng, 42, dari Shah Alam, Selangor berkata, dia bersama isteri dan dua anak tidak melepaskan peluang untuk pulang bercuti dan meraikan Tahun Baharu Cina di kampung halaman, Tanah Merah.

Katanya, dia mengambil cuti selama seminggu bagi meraikan sambutan Tahun Baharu Cina bersama ibu, bapa dan rakan-rakannya. – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN