LONDON – Sebuah rumah yang diiklankan untuk dijual pada harga £260,000 (RM1.3 juta) di Britain memiliki kelainan kerana ruang tamunya menempatkan sebuah tab mandi, lapor akhbar The Sun UK.
Rumah teres dua tingkat itu terletak di Moseley, Birmingham.
Ia dilengkapi tiga bilik tidur, bilik mandi, bilik utiliti, dapur dan halaman luas yang dipenuhi semak.
Kediaman tersebut kelihatan biasa dari luar, namun ia mempunyai sebuah tab mandi beserta jubin di ruang tamu.
“Rumah teres tiga bilik tidur yang terletak di hujung Russell Road, Moseley.
“Ia menawarkan akses ke semua kemudahan termasuk pusat bandaraya, Cannon Hill Park, QE Hospital dan Stesen Kereta Api Moseley yang bakal siap dibina,” kata ejen hartanah Rice Chamberlains. – AGENSI














