fbpx
Shazeli pada sidang akhbar selepas Program Walkabout Langkah Selamat Santuni Komuniti Kajang di Stesen MRT Kajang.

Roboh kuil di Rawang isu pencerobohan tanah, bukan perkauman – Polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Polis menegaskan insiden merobohkan sebuah kuil haram di Rawang tidak seharusnya ditafsir sebagai isu perkauman atau keagamaan, sebaliknya berpunca daripada pencerobohan tanah serta keengganan pihak terlibat untuk berpindah dari kawasan berkenaan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, kebetulan struktur yang terlibat adalah rumah ibadat, namun perkara utama yang disiasat berkait dengan status pemilikan dan penggunaan tanah.

“Isu ini sebenarnya bersifat ‘straight forward’. Ia tidak wajar dijadikan isu perkauman atau keagamaan kerana perkara sebenar adalah berkaitan pencerobohan dan keengganan untuk berpindah keluar dari tanah berkenaan,,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Program Walkabout Langkah Selamat Santuni Komuniti Kajang di sini, hari ini.

Menurut Shazeli, siasatan masih dijalankan dan polis belum boleh membuat sebarang kesimpulan bagi mengelakkan salah tafsir atau persepsi negatif terhadap mana-mana pihak.

“Pada peringkat ini, saya tidak boleh mengulas lanjut kerana siasatan masih berjalan dan kita tidak mahu menimbulkan sebarang persepsi terhadap mana-mana pihak sama ada pemilik tanah mahupun pihak pengurusan kuil,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau mengesahkan individu yang sebelum ini ditahan telah dibebaskan susulan perintah dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, dan polis mematuhi sepenuhnya keputusan tersebut.

Shazeli turut menyeru media dan masyarakat agar membantu meredakan keadaan serta menyalurkan maklumat yang tepat supaya keharmonian dan ketenteraman awam terus terpelihara.

Terdahulu media melaporkan,
empat lelaki ditahan Rabu lalu kerana disyaki merobohkan kuil haram tanpa sebarang pemakluman kepada pihak berkuasa tempatan.

Tangkapan dibuat ke atas empat lelaki tempatan berusia lingkungan 26 hingga 39 tahun serta rampasan sebuah jengkaut.

Susulan itu Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan untuk membatalkan tahanan reman dua hari yang dikeluarkan oleh Majistret Selayang terhadap supek dan kesemua mereka dibebaskan serta-merta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN