fbpx
Gambar hiasan

Pengarah ‘berputih mata’, setengah juta lesap sewa tanah tidak berdaftar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLUANG – Seorang lelaki terpaksa berputih mata apabila mengalami kerugian sebanyak RM500,000 selepas ditipu dalam urusan sewaan tanah yang tidak berdaftar atas nama syarikat dilaburkan.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 44 tahun yang juga pengarah syarikat mengatakan dirinya ditipu oleh sebuah syarikt dengan menawarkan perkhidmatan sewaan tanah untuk projek tanaman kelapa sawit.

Jelasnya, mangsa telah berurusan dengan seorang individu mewakili syarikat berkenaan yang mendakwa memiliki tanah didaftar atas nama syarikat diwakilinya untuk kerja-kerja perladangan kelapa sawit pada bulan Oktober tahun lepas.

Katanya, dakwaan lelaki itu bahawa tanah dimaksudkan adalah untuk disewakan dan ditawarkan kepada mangsa sebelum bersetuju untuk membuat sewaan yang berjumlah RM500,000.

“Bermula daripada 30 Oktober hingga 4 November 2025, mangsa telah membuat transaksi secara berperingkat mengikut jumlah yang telah ditawarkan iaitu RM500,000.

“Bagaimana pun, selepas pembayaran dilakukan mangsa telah mendapati tanah dimaksudkan tidak didaftarkan atas nama syarikat seperti didakwa individu yang berurusan dengannya,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Bahrin berkata, susulan daripada laporan itu, pihaknya telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan menipu yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebatan atau denda jika sabit kesalahan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN