fbpx
Gambar hiasan

Kembalikan peranan Kedah, benteng utama PKR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Usaha mengembalikan peranan Kedah sebagai benteng penting Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan digerakkan secara lebih berfokus melalui perancangan strategik, pengukuhan organisasi serta kesatuan seluruh pimpinan dan anggota di setiap cabang.

Pengarah Komunikasi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Kedah, Tunku Nashrul Abaidah berkata, perkara ini selari dengan kedudukan Keadilan yang semakin mantap dan tersusun.

Menurutnya, MPN Keadilan Kedah menjunjung iltizam Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar Kedah diperkukuh semula sebagai antara kubu utama parti dalam meneruskan perjuangan reformasi.

“Keadilan Kedah akan memberi tumpuan kepada pengukuhan struktur kepimpinan, kesiapsiagaan jentera parti serta penyatuan pengalaman pimpinan terdahulu dengan semangat generasi baharu bagi memastikan gerak kerja berkesan dan berterusan.

“Pendekatan politik Keadilan Kedah akan terus berteraskan fakta, penyelesaian yang jelas serta pembelaan terhadap kepentingan dan keperluan rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, keutamaan parti adalah memastikan Keadilan kekal dekat dengan rakyat melalui kefahaman terhadap realiti setempat serta perjuangan berterusan ke arah tadbir urus yang adil, telus dan berwibawa.

“Seiring dengan hala tuju Presiden, Keadilan Kedah akan terus menyantuni rakyat tanpa mengira latar belakang, memperkukuh hubungan akar umbi serta menampilkan kepimpinan berprinsip dalam memikul amanah kepada negeri.

“Sehubungan itu, Keadilan Kedah menggarap iltizam untuk muncul sebagai alternatif terbaik buat rakyat negeri ini dengan membawa politik berteraskan penyelesaian, kepimpinan berintegriti serta tadbir urus yang adil dan berwibawa demi kesejahteraan rakyat keseluruhannya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN