fbpx
Gambar hiasan,

Seminggu lagi nak bertahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Seminggu lagi nak bertahan sebelum Ramadan, syukur pihak masjid sedia juadah berbuka percuma.”

Itu luahan beberapa pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang berkongsi keadaan kewangan mereka di media sosial apabila terpaksa berjimat cermat sehingga ada yang hanya makan roti setiap hari bagi mengalas perut.

Seorang pelajar di Threads yang dikenali sebagai Mirol berkata, baki wang simpanannya kini kurang RM20 untuk dibelanjakan sehingga minggu depan.

“Sekarang memang kira hari. Makan pun roti kosong dengan air masak. Lauk memang dah tak mampu. Selang sehari ambil nasi dengan kuah sahaja. Nak minta pada keluarga, mereka juga susah, guna baki duit pinjaman sahaja untuk bayar segala keperluan di universiti. Rezeki Ramadan, akan ada makanan di masjid. Sangat jimat, cuti panjang ini pun tak mampu balik Sabah. Sebab duit simpanan dah guna beli tiket untuk raya nanti,” katanya.

Seorang lagi pelajar @Ashyuss mengakui terpaksa mengurangkan perbelanjaan makan kepada sekali sehari bagi memastikan wangnya cukup untuk seminggu lagi.

“Selang sehari puasa. Insya-Allah cara ni student (pelajar) IPT boleh jimat-jimat duit makan. Cukuplah untuk bertahan seminggu lagi. Bulan puasa mak cik kafe selalu bagi sedekah kuih, dekat masjid setiap hari ada nasi dan lauk untuk berbuka. Yang mana kawan-kawan terkesan, mungkin boleh ikut tips saya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Bagaimanapun, rata-rata golongan pelajar terutamanya meluahkan rasa syukur dengan kehadiran bulan Ramadan yang dijangka bermula minggu depan kerana kebanyakan masjid universiti menyediakan juadah berbuka puasa secara percuma.

“Alhamdulillah, Ramadan ni sekurang-kurangnya tak perlu fikir sangat pasal makan malam. Biasanya masjid universiti ada sediakan makanan untuk berbuka. Kalau setengah tempat siap ada moreh, boleh tapau buat sahur,” kata Nik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN