PETALING JAYA – “Beginilah kehidupan suami provider (penyedia). Sebab tu ‘boxer’ (seluar dalam) dia tak pernah berganti”.
Itu seloroh Pakar Kewangan dan Hartanah, Dr. Azizul Azli Ahmad, tentang ‘nasib’ suami dalam menjalankan tanggungjawab untuk menyara keluarga.
Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap tangkap layar perkongsian seorang wanita yang terpaksa mengambil alih tanggungjawab sebagai ketua keluarga setelah bergelar ibu tunggal.
“Sewa rumah, bil utiliti, barang dapur, minyak, tol, kereta dan semua komitmen bulanan lain, semuanya bayar sendiri kecuali yuran sekolah anak-anak. Gaji memang khas untuk semua ni dan anak-anak saya.
“Jadi kau orang rasa senang ke jadi ibu tunggal? Kebanyakan ibu tinggal di luar sana akhirnya tak kahwin kali kedua. Ada yang sampai ke tua takda simpanan sebab membesarkan anak-anak seorang diri. Jangan la pandang rendah pada golongan macam kami,” luah wanita itu menerusi media sosial.
Susulan itu, Dr. Azizul turut menitip pesanan buat para suami di luar sana tentang peranan lelaki yang bergelar suami sebagai ketua keluarga.
“Jika jadi suami, nafkah buat isteri lagi kena bagi. Duit mak ayah, belanja sekolah anak,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE














