fbpx
Bot nelayan tempatan yang ditahan (TNI-AL) di Perairan Perak. FOTO oleh MARITIM SELANGOR

Maritim Selangor selamatkan bot nelayan tempatan ditahan TNI-AL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Tindakan pantas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya membawa pulang sebuah bot nelayan tempatan yang ditahan penguat kuasa Indonesia selepas dipercayai memasuki perairan negara jiran, kelmarin.

Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 2 pagi apabila bot yang dinaiki tiga awak-awak warga Indonesia ditahan Angkatan Laut Tentera Nasional Indonesia (TNI-AL) selepas disyaki melepasi sempadan perairan.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Selangor, Komander Maritim Mohd. Fairusnizam Abdul Razak berkata, Kapal Maritim (KM) Bagan Datuk digerakkan ke lokasi selepas Maritim Perak memohon bantuan aset dari Selangor bagi menyokong operasi.

Menurut beliau, kapal berkenaan tiba kira-kira pukul 3 pagi sebelum rundingan segera diadakan dengan pihak penguat kuasa Indonesia.

“Siasatan awal mendapati bot nelayan tempatan itu dikendalikan tiga awak-awak warga Indonesia dan dipercayai telah tersasar ke perairan Indonesia secara tidak sengaja.

“Selepas rundingan dijalankan secara profesional dan berhemah, pihak penguat kuasa Indonesia bersetuju melepaskan bot berkenaan sebelum kita mengiringinya pulang ke perairan Malaysia dengan selamat,” katanya pada sidang akhbar pada Op Mardof di sini, hari ini.

Beliau berkata, insiden tersebut berlaku di Perairan Perak namun bantuan aset dihantar susulan keperluan operasi di kawasan terbabit.

““Setakat ini, siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk jarak dan faktor bot berkenaan boleh terlebih sempadan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Pengarah Perikanan Selangor, Noraisyah Abu Bakar
mengingatkan nelayan supaya lebih peka dan tidak memasuki atau menangkap hasil laut sehingga melepasi sempadan negara.

“Setiap nelayan kita dibekalkan peralatan bersesuaian seperti Sistem Pengenalan Automatik (AIS) dan peranti pengesan satelit (MTU) bagi tujuan pengesanan serta pemantauan.

“Namun, kita tidak menolak kemungkinan ada segelintir nelayan mematikan peralatan tersebut ketika berada di laut dan hanya menghidupkannya semula apabila tiba di jeti,” katanya.

Beliau menegaskan, berdasarkan syarat lesen, kapal nelayan diwajibkan mengaktifkan AIS atau MTU sekurang
-kurangnya 80 peratus sepanjang operasi dan sebarang kerosakan perlu disahkan pihak vendor.

Tambahnya, pematuhan terhadap syarat itu penting bagi mengelakkan insiden tersasar ke perairan asing berulang pada masa hadapan. – KOSMO! ONLINE

Caption

Bot nelayan tempatan yang ditahan (TNI-AL) di Perairan Perak. FOTO/VIDEO: MARITIM SELANGOR

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN