fbpx
Tangkap layar video menunjukkan pasangan kekasih itu menandatangani surat perjanjian pertunangan. - TikTok

Langgar janji pertunangan kena bayar lebih RM11,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Sepasang kekasih di Indonesia mengundang perhatian ramai apabila membuat perjanjian pertunangan bagi menjamin hak dan persetujuan bersama sebelum berkahwin, lapor portal berita Lambe Turah. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok olah akaun @dillaafadilla_ menunjukkan pasangan itu sedang menandatangani surat perjanjian pertunangan. 

Si lelaki berjanji untuk bekerja dan tidak keluar dengan rakan-rakan yang ‘jahat’, manakala gadis itu berjanji untuk duduk di rumah. 

Dalam surat tersebut, individu yang didapati melanggar syarat perlu membayar denda sebanyak 50 juta rupiah (RM11,595) tanpa peguam bela. 

Jumlah itu akan meningkat dua kali ganda sekiranya mengikut adam resam.

Rakaman itu mencatatkan 11,700 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Jangan lupa perjanjian selepas berkahwin,” kata seorang netizen. 

“Jodoh ditetapkan oleh Tuhan,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN