fbpx
Gambar yang dikongsi Hamzah di Facebook beliau sebentar tadi.

Hamzah ‘update’ status minum petang di Rusila

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kehadiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin di Rusila, Terengganu mencuri perhatian ramai susulan pemecatan 17 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang menghangatkan landskap politik negara ketika ini.

Menerusi satu hantaran di Facebook hari ini, Hamzah memuat naik gambar beliau menikmati minum petang bersama beberapa tokoh politik utama di Rusila.

“Alhamdulillah. Minum petang di Rusila. Allah SWT adalah sebaik-baik perancang,” tulisnya.

Gambar hantaran tersebut menampilkan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang serta Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, selain beberapa pemimpin Bersatu termasuk Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Kemunculan Hamzah di Rusila itu dilihat sebagai isyarat politik yang signifikan, terutama selepas tindakan Bersatu memecat 17 ahlinya yang dikaitkan dengan tekanan dalaman terhadap kepimpinan parti.

Walaupun tiada kenyataan rasmi dikeluarkan berhubung pertemuan tersebut, kapsyen ringkas yang dimuat naik Hamzah dianggap sarat dengan mesej tersirat, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai hala tuju politik beliau dan kerjasama antara Bersatu dan Pas.

Rusila sebelum ini sinonim sebagai pusat pertemuan penting Pas, dan kehadiran tokoh utama Bersatu di lokasi itu disifatkan pemerhati politik sebagai langkah strategik ketika landskap pembangkang sedang bergolak.

Setakat ini, tiada kenyataan lanjut daripada kepimpinan Bersatu mahupun Pas mengenai pertemuan berkenaan.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN