fbpx
Gambar hiasan

Dua beradik didakwa tipu RM306,250 permit warga asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Dua beradik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menipu dan menyembunyikan wang membabitkan urusan permohonan permit kerja warga asing kira-kira 10 tahun lalu.

‎Chai Tze Yee, 47, dan Chai Tze Li, 40, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Fatimah Zahari.

Mengikut pertuduhan, Tze Yee didakwa memperdaya lelaki tempatan berusia 43 tahun sebanyak RM306,250 untuk mempercayai syarikat milik Tze Lei mempunyai kapasiti bagi permohonan permit kerja warga negara asing.

Oleh itu, dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara selama 10 tahun, sebatan dan denda.

Tze Li pula didakwa menyembunyikan wang itu ke dalam akaun miliknya yang merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 424 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah premis di Bandar Bukit Tinggi, Klang dan sebuah cawangan bank di Hulu Langat pada 19 April hingga 4 Julai 2016.

‎Timbalan Pendakwa Raya, Khairul Aisamuddin Abdul Rahman mencadangkan jaminan RM80,000 setiap seorang berserta syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis berdekatan setiap bulan dan tidak mengganggu saksi pendakwaan.

‎Peguam Diong Qian merayu jaminan yang minimum. ‎Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM15,000 dan membenarkan syarat tambahan yang dicadangkan pihak pendakwaan. ‎Sebutan semula kes ditetapkan pada 7 April ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN