fbpx
Fahmi bercakap ketika sidang akhbar mingguan di Menara Komunikasi di Putrajaya hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

50 akaun media sosial disyaki sebar kandungan perkauman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengenal pasti lebih 40 akaun Facebook dan hampir 10 akaun di TikTok yang disyaki terlibat dalam menyebarkan kandungan tingkah laku tidak tulen terselaras (coordinated inauthentic behaviour) dalam tempoh 24 jam lalu.

Jurucakap kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, MCMC mengesan sebuah video bersama naratif sama telah disebarkan secara terselaras yang didakwa melibatkan satu insiden antara individu berbangsa India dan Melayu.

“Didapati dalam tempoh 24 jam yang lalu satu berita telah ditularkan yang pada awalnya didakwa melibatkan seorang gangster berbangsa India mencederakan seorang tuan tanah berbangsa Melayu serta terdapat elemen atau bibit perkauman yang cuba diselitkan dalam kenyataan itu.

“Kalau rakan-rakan media teliti, hampir semua posting ini menggunakan video yang sama dan ayat yang sama.

“Setakat pukul 10 pagi tadi, MCMC telah mengenal pasti lebih 40 akaun yang terlibat dalam sebaran di Facebook dan hampir 10 di TikTok,” katanya menerusi sidang akhbar mingguan di Kementerian Komunikasi hari ini.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, proses siasatan berkait sebaran maklumat tersebut sedang dijalankan dan sebarang cubaan mengapikan sentimen perkauman tidak diterima. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI