fbpx
Gambar hiasan

UM siasat dakwaan pensyarah jadi pengikut Freemason

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETAlING JAYA – Universiti Malaya (UM) melakukan siasatan dalaman berhubung dakwaan yang mengaitkan seorang pensyarah kanan universiti itu sebagai pengikut Freemason.

UM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengambil maklum isu tular itu dan akan mendapatkan gambaran menyeluruh serta meneliti perkara tersebut secara adil, telus berlandaskan peruntukan undang-undang dan peraturan universiti.

UM meminta orang ramai supaya memberi ruang sepenuhnya kepada proses siasatan dan mengelakkan sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat yang belum disahkan, demi menjaga integriti siasatan serta privasi semua pihak yang terlibat.

“UM komited untuk memastikan setiap perkara ditangani secara profesional, beretika dan bertanggungjawab, selaras dengan prinsip tadbir urus yang baik,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai dakwaan seorang pensyarah kanan sebuah universiti tempatan terlibat sebagai pengikut Freemason berdasarkan perkongsian gambar individu terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI