JAKARTA – Penduduk sebuah kampung di Garut, wilayah Jawa Barat gempar apabila melihat seekor ular sawa gergasi dengan saiz hampir menyamai tiang telefon, lapor laman berita Harapan Rakyat semalam.
Dalam kejadian pada malam Isnin lalu, seorang penduduk bernama Irma sedang menuju ke masjid dengan berjalan kaki.
Dia kemudian terkejut apabila melihat seekor ular bersaiz besar muncul di hadapannya sebelum ia masuk ke dalam semak-samun.
Sepasukan bomba kemudian dipanggil untuk menangkap reptilia tersebut.
Proses evakuasi tidak mudah apabila ular itu cuba melawan.
Keadaan bertambah sukar dengan saiznya yang besar sehingga mencapai 5 meter panjang dan 20 kilogram berat.
Reptilia itu akhirnya berjaya ditangkap sebelum dilepaskan ke habitat sebenarnya. – AGENSI














