fbpx
Rozi (empat dari kanan) menyerahkan replika kunci rumah PPRS kepada Mohamad Sakri (tiga dari kiri) di Kampung Tok Dor, Hulu Terengganu hari ini.

Rumah Program Perumahan Rakyat Sejahtera patuh syariah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU TERENGGANU – Ketibaan bulan Ramadan pada minggu depan amat bermakna buat keluarga Mohamad Sakri Kadir, 58, apabila mereka berpindah rumah baharu sumbangan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) di Kampung Tok Dor di sini.

Rumah tersebut dibina menerusi Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) kendalian Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dengan kos pembinaan RM79,000.

Mohamad Sakri yang menghidap penyakit saraf berkata, sebelum ini, dia bersama isteri, Rohaya Ali, 53, bersama empat anak menghuni di rumah sewa sejak hampir 30 tahun lalu.

Dia yang bekerja sebagai pemandu bas ekspres berkata, sebelum ini mereka menyewa rumah dengan kadar RM250 sebulan.

“Kami menyewa sejak mula-mula kahwin sehingga lahir empat anak sebelum dikurnia lima cucu.

“Ikut kemampuan tidak pernah bermimpi mampu memiliki rumah sendiri. Alhamdulillah permohonan perbinaan rumah diluluskan Ketengah,” katanya selepas menerima rumah PPRS tersebut daripada Pengerusi Ketengah, Datuk Rozi Mamat Kampung Tok Dor di sini hari ini.

Sementara itu, Rozi berkata, PPRS merupakan penambahbaikan daripada Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang dilaksanakan kerajaan sebelum ini.

“Reka bentuk rumah PPRS patuh syariah bagi disesuaikan keluarga Islam iaitu pengasingan ruang privasi termasuk bilik tidur dan ruang tamu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI