KOTA KINABALU – Mayat seorang wanita dalam keadaan tidak sempurna ditemui di tempat pembuangan sampah di kawasan perumahan penduduk di Taman Indah Permai pagi ini.
Mayat yang dipercayai telah dikerat beberapa bahagian itu ditemui pekerja lori sampah yang sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan kira-kira pukul 7 pagi.
Difahamkan, mayat berkenaan turut dimasukkan ke dalam plastik berwarna hitam.
Sementara itu, polis masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian sejurus mendapat panggilan daripada orang awam. – KOSMO! ONLINE














