fbpx
MARQUEZ menunjukkan kemahiran ketika Majlis Pelancaran MotoGP 2026 di Kuala Lumpur baru-baru ini. - FARIZ RUSADIO

Marquez tiada lagi tekanan melampau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MADRID – Juara dunia MotoGP 2025, Marc Marquez mengakui mentalitinya berubah selepas meraih gelaran bersama Ducati apabila kini berlumba dengan motivasi tinggi tetapi tanpa tekanan melampau seperti musim lalu.

Pelumba Sepanyol berusia 32 tahun itu bangkit luar biasa daripada siri kecederaan serius sejak kemalangan di Jerez pada 2020 sebelum membuat keputusan berani meninggalkan Honda demi menyertai projek Ducati yang akhirnya mengembalikan statusnya sebagai juara dunia.

Marquez menjelaskan beban untuk membuktikan dirinya masih mampu menang menjadi pemacu utama musim lalu, namun kejayaan tersebut membuatkannya lebih tenang menghadapi cabaran baharu.

“Tahun lalu tanggungjawab yang saya rasa jauh lebih besar. Musim ini motivasi masih sama, tetapi tekanan itu sudah tiada. Sekarang saya berlumba dengan lebih tenang,” katanya.

Menurut Marquez, tempoh pemulihan kecederaan bahu yang dialami di Indonesia serta latihan intensif sepanjang musim sejuk mengingatkannya bahawa karier sebagai pelumba tidak akan kekal selamanya.

“Setiap tahun yang berlalu adalah satu tahun kurang untuk saya menikmati keghairahan ini. Saya mahu manfaatkan setiap peluang dan terus memberikan 100 peratus,” jelasnya.

Marquez turut menegaskan bahawa berlumba bersama Ducati tetap menuntut sasaran tinggi biarpun tekanan peribadi semakin berkurangan selepas kejayaan musim lalu.

Kontrak Marquez bersama Ducati yang berakhir pada 2026 turut mencetuskan spekulasi mengenai masa depannya, namun pelumba itu menegaskan selagi masih mampu bersaing di podium, dia akan terus memburu kejayaan di pentas MotoGP. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN