JAKARTA – Sebuah pesawat tempur milik Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia(TNI) mendarat dan berlepas di jalan bertol di Pulau Sumatera, lapor sebuah akhbar tempatan.
Perkara itu merupakan ujian yang dilakukan oleh Kementerian Pekerjaan Umum.
Wakil Menteri Pekerjaan Umum, Diana Kusumastuti berkata bahawa jalan tol memiliki nilai strategik.
“Infrastruktur tol memiliki nilai strategik yang bukan hanya untuk perhubungan tetapi juga kepentingan nasional secara lebih meluas.
“Alhamdulillah. Terima kasih atas pendaratan pesawat tempur yang berjaya di segmen tol ini. Kami menjadikannya sebagai rujukan,” kata Diana dalam satu kenyataan di Jakarta semalam.
Angkatan Udara TNI mengadakan ujian pendaratan dua pesawat tempur dalam perkembangan tersebut iaitu EMB-314 Super Tucano dan F-16. Kedua-dua pesawat mendarat dan berlepas di jalan bertol JTTS, wilayah Lampung.
“Ujian pendaratan ini merupakan yang pertama di jalan tol di Indonesia,” kata wakil Menteri Pertahanan Donny Ermawan Taufanto. – AGENSI














